Wednesday, October 28, 2009

Sebelum dan selepas

Aku selalu terfikir...

Antara aku, kakak ipar aku, suamiku, adik ipar aku serta bakal adik ipar aku..

Sebelum kahwin, adik ipar aku sanggup lebih mementingkan kekasihnya berbanding aku.. Masa tu aku pregnant dan membawa 220 kertas soalan beserta jawapan... aku minta tolong adikku ambil aku dari dewan peperiksaan .. dan dia hanya datang 3 jam kemudian....aku mengamuk dan tak balik rumah sampai malam hari..Dan pernah satu ketika aku keguguran dan buat D& C bersendirian...

Manakala kakak ipar aku pula memberi arahan kepada adiknya iaitu suamiku supaya bekerja di IPOH meninggalkan aku terkontang-kanting seorang diri.. Dia patuh dan mengikut arahan kakaknya..

Kesimpulannya sekarang, sebelum kahwin anda akan menjadi keutamaan suami anda tapi selepas kahwin jangan harap lebih2... Mana letaknya tanggungjawab suami sebenarnya..aku pun musykil... so jangan la harap nak manja lebih ngan suami...

Tuesday, October 27, 2009

Aku bosan ngan rumah aku...





























Tolong encik rizalman...tolong en. eric...saya dah bosanla ngan susun atur rumah saya ni...dahla kena budget.... tak bleh beli sofa idaman ku lorenzo yang berharga 5k....bleh tak kesian kan saya bagi free the whole set of living room...i teringin sangatla.....nak dapat FREE
Tapi aku dah hantar banyak kali dalam peraduan eric..asyik tak dapat....mana taknya rumah sewa...aiii cek kak...saya ni tak tau lagi kat mana nak settle down.... macamana nak beli rumah... lagi satu...apasal rumah regenye mahal bebeno...manala mampu... lain kali PM tolongla ...kalau nak saya undi, buatla budget yang mesra rakyat sikit.... bantula orang macam kami ni... nak beli rumah ...nak beli rumah... tak mau dok apartment..macamana nak sidai comforter, cadar, baju yang banyak....lagi satu, kalau anak demand nak mandi kolam... manala plak aku nak parking kolam untuk anak aku...he2.. bagi canla kami dok rumah teres ... rumah setingkat pun jadilah .... mana suami saya mampu..... saya dok ipohla, tanjun malim la .... pontian lagi bestkan...rumah punya price masih affordable lagila...
Kesimpulannya, perbanyakkanla rumah yang bleh dibeli oleh medium class.. tak mau apartment...teres setingkat pun jadilahh.......TOLONG.......................nak juga masuk DEKO..DEKO...DEKO....DEKO...gilas punya cantik bila rizalman ubah suai rumah...memang taste tinggi...tak sedar diri...ukur baju di badan sendirilah

Masalahku yang fobia memandu

Argghhh....

Masalah yang paling utama dalam hidupku sekarang...

Aku tidak yakin ketika memandu.....
Aku gabra ketika memandu...

So....langkah terbaik...
Cool ketika memandu..
Jangan cuak lebih sangat...
Dalam masa yang sama, kena sangat alert ngan situasi di sekeliling anda..
Pantas bertindak dan mengambil keputusan.
Pastikan anda mengambil keputusan yang bijak..ye kawan-kawan....

Ya Allah...permudahkanla urusanku di dunia ini.......

Tips for better Life


1. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.
2. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
3. Sleep for max 7 hours.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Play more games.
6. Read more books than you did in 2007.
7. Make time to remember God. This will provide daily fuel for our busy lives.
8. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
9. Dream more while you are awake.
10. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.
11. Drink plenty of water.
12. Try to make at least three people smile each day.
13. Don't waste your precious energy on gossip.
14. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
15. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment..
16. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
17. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
18.. Smile and laugh more.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Don't take yourself so seriously. No one else does.
21. You don't have to win every argument. Agree to disagree.
22.. Make peace with your past so it won't spoil the present.
23. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.. Don't compare your partner with others.
24. No one is in charge of your happiness except you.
25. Forgive everyone for everything.
26. What other people think of you is none of your business.
27. Allah SWT (GOD) ! heals everything.
28. However good or bad a situation is, it will change.
29. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will.Stay in touch.
30. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
31. Envy is a waste of time. You already have all you need.
32. The best is yet to come.
33. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
34. Do the right thing!
35. Call your family often.
36. Your inner most is always happy. So be happy.
37. Each day give something good to others.
38. Don't over do. Keep your limits.
39. When you awake alive in the morning, thank Allah SWT (GOD) for it.
40. Please forward this to everyone you care about.

Ujian apakah ini....

Aku rasa teruja sangat pagi ni.. ketika aku tinggalkan sorang2 dalam keadaanku meniarap... tiba2 je dia duduk ngan sendirinya...anak aku dah duduk dan menjulur...skarang dia dah practise untuk merangkak... tapi kata kak za mungkin adam tak merangkak..dia dah langkah satu step merangkak sebelum duduk...Go! Adam ..Go! sorry ibu balik lambat sayang petang ni.... ibu banyak keja... mmmmpppppphhh....................
Aku selalu sakit kepala dan selsema sekarang ni... Aku pergi ke Pusat Rawatan Islam Azzahrah..Doktor suruh aku scan kepala dan bahagian rongga sinusku.... Menakutkan sangat... maybe aku migraine..tapi sakitnya menyucuk2 sekali...tak tertahan rasanya.... aku buat appointment di Pakar ENT di Hospital Serdang. takutnya dengar...bagaimana kalau aku memang ada tumor ...anak2ku....sapa nak jaga....Ya Allah bantulah hamba mu ini...Tak tertahan lagi nak menempuh ujian -ujian mu..

Hidup ni tidak selalunya mudah.... kalau kita di atas, ingat-ingatlah di bawah..

Sudah lama tidak menghantar entry... sibuk dengan tugas seharian...
Aku ada terbaca blog orang, dan dia hantar entry yang menarik minatku... barangkali elok kalau aku dapat muzakarah diriku pada pagi ini.
Healthy attitude...
1. Learn to face realities
Perkara yang amat susah untuk dipraktikkan... Tetapi berdasarkan pengalaman aku yang setahun jagung ni.. insya-Allah kita boleh belajar mempelajarinya perlahan-lahan. Mesti korang tergelak baca entri ni.. Dulu, masa mula-mula aku dapat tahu aku mengandung, aku bukannya excited..aku takut... aku tak biasa ngan keadaan tu..aku takut perubahan yang berlaku pada bentuk badanku..bayangkan nak jalan ngan perut memboyot..aduhh... Dan masa kandungan menghampiri 7 bulan, aku selalu menangis...aku selalu bermimpi aku meninggal dunia semasa melahirkan anak.. aku mimpi aku tak mampu nak teran sampai anak lemas.. aku selalu minta maaf pada mak ayah dan suami aku... sudahnya dia orang cakap aku buang tebiat..tapi realitinya memang seram sekali bila dah sampai saat nak melahirkan. bayangkan pula selepas melahirkan dan pantang aku kena jaga anak sorang2....bila anakku menangis tidak berhenti dari maghrib ke subuh pagi esoknya... aku pergi hospital malam2.. sudahnya anak aku dimasukkan wad disebabkan ulser mulut...rupanya..doktor diagnos anak aku menghidapi meningitis.waktu tu, air mata aku sentiasa mengalir di pipiku...memikirkan nasib anakku.. sampai orang sebelah katil, depan katil, datang kepadaku dan bertanya...kenapa kak...
Itulah, pengalaman hidup yang orang kata kita tak dapat beli di mana2....aku redha dengan takdirku yang membesarkan anak di KL sorang2..aku perlu berhadapan dengan realiti, perlu tabah supaya aku dapat menjadi tempat berlindung untuk anak2ku..
2. Learn to make decisions.
Aku masih lagi tidak dapat belajar membuat keputusan dalam hidupku.. kerapkali keputusan yang diambil olehku dipertikaikan oleh ibuku..contohnya ketika aku ambil keputusan untuk mengambil jurusan perguruan untuk ijazah pertamaku..aku ambil keputusan ni sebab aku ingin selalu berada di samping ibuku... lagipun betapa mulianya menjadi seorang guru.aku keliru dan terkilan tidak dapat mencapai cita-citaku.
Kedua, ketika aku ingin meletakkan jawatan sebagai pegawai teknologi makanan, aku masih teragak2, boleh ke aku menyambung pelajaran di luar negara seorang diri.. aku ingin selalu dekat dengan keluargaku..Tetapi masa tu, my hubby melamarku dan aku decide untuk menerima jawatanku sekarang untuk berada dekat ngan my hubby... masa tu abg bekerja di tronoh dan aku bekerja di jb..so aku sacrifice untuk menerima lamarannya dan duduk di KL sorang2.. hakikatnya aku memang tak mempunyai minat bekerja sebagai pendidik di universiti tempatan..aku penat belajar..aku dah penat sangat........tolong..........
3. Develop self discipline..
Perkara yang masih tidak mampu dicapai dalam azamku setiap tahun... selalu bertangguh... tidak ada target...teruk sangat....itu yang aku kesalkan..aku masih tidak pandai membahagikan masa antara kerjaya dan tanggungjawabku sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak..
4. Be interested in other people.
Dah kera sumbang nak buat macamana.Tetapi kekadang aku ada effort juga... contohnya kalau ada musim buah-buahan di kampungku, aku selalu memberi buah-buahan kepada jiran-jiranku..tetapi mereka yang sombong....atau aku yang sombong ...entahla..aku ada alasan tersendiri sebab aku selalu menyendiri di rumah...aku tak mau mengumpat ma.....
5. Avoid hurry and worry
Aku selalu menangguh . so bila time urgent... aku selalu kesuntukan masa untuk menyelesaikan tugasan..aku pernah cuba untuk menyelesaikan tugasan ku secepat mungkin, sudahnya aku perlu edit kembali tugasan itu.Worry..tak boleh nak lari...aku selalu berfikiran negatif mengenai masa hadapanku...mengenai nasibku...that's why pencapaian setiap tahun jarang meningkat..mungkin sebab aku tak minat dengan kerjayaku ini.aku suka kerja pejabat.... nak jadi kerani boleh tak?
6. Work, rest and play in proper balance.
Aku cuba dan cuba... bila time keja aku keja... bila time rehat aku memang rehat.. masa tidurku semakin bertambah...bila dah peluk teddy bear aku yang sorang ni.... (my 6 month's son) memang lenala tidur aku..play??? masa bila??aku jarang main ...he2...(maksud aku, main badminton ke berjogging ke)
7. Accept disappointment
Selalu aku menerimanya.. terutamanya bla suami ku membuat keputusan meninggalkan aku untuk bekerja di PUO Ipoh...aku tidak ada pilihan lain... aku perlu berani berhadapan dengan kenyataan.. biar aku menangis air mata darah sekalipun, aku tak mampu mengubah keputusan suamiku..
8. Develop a sense of humour.
Kekadang aku cuba untuk menggembirakan kedua-dua orang anak aku... tapi bila balik kerja, aku pnat sambil dok pk pasal masa depan...tak dapat nak buat anak aku tergelak bersama-sama denganku.Aku jarang wujudkan masa berinteraksi dengan anakku... Except hujung minggu..itupun kalau good moodla..
Kesimpulannya, hidup yang aku lalui selama ni, penuh dengan liku-liku serta onak duri, aku perlu tabah menghadapinya seorang diri.. takda sapa yang boleh manjakan aku lagi sebagaimana mak ayah aku manjakan aku dulu...aku terlalui merindui saat2 bersama-sama ayah dan ibuku... aku takut untuk menghadapi realiti yang aku ini telah menjadi seorang ibu yang menjadi tempat berlindung kepada anak2 ku.... Ya Allah , tabahkan la aku....aku selalu mengadu pada Yang Esa untuk mententramkan hati dan perasaanku yang berkecamuk ni.... Sesungguhnya aku sudah tidak sanggup menghadapi dugaan ini seorang diri lagi...Kau permudahkanla jalan hidupku.......Amin Ya Rabbal Alamin...

Tuesday, October 13, 2009

Apa nak masak hujung minggu ni?

Nasi hujan panas, ayam masak merah serta acar mentah, dalca sayur..ok ke tak

Monday, October 12, 2009

Mimpi yang aneh, hari yang malang


aku masih teringat-ingatkan mimpi semalam... ombak yang selama ini amat mendamaikan jiwa aku...bertukar menjadi sesuatu yang amat ku geruni.....saat yang amat genting itu, ku hadapinya seorang diri bersama ngan adam...... amat ngeri sekali... di mataku jelas lagi terbayang betapa tingginya ombak tsunami setinggi 4 meter...mula mengejar aku dan baby...pelik sangat... di kajang ni takda lautkan.... aku tak dapat nak gambarkan perasaan ku pada waktu tu... berdebar2...berlari2 ketakutan berlari menyelamatkan diri dan baby...sangat cemas.... sangat genting....aku berlari sekuat hati... menuju ke arah bukit... atas bukit tu terdapat surau.... aku menumpang teduh di situ.... waktu tu aku lega sangat dapat menumpang teduh di situ...yang paling aku gembira dapat bertemu ngan ayah, mak dan ika dalam surau tu....alhamdulillah aku tersenyum.... aku mampu lagi memperbaiki kesilapan aku...dapat lagi hidup bersama orang-orang tersayang...tetapi...hairannya mana suamiku?


Aku selalu terfikirkannya...mimpi inikah petunjuk sesuatu.... banyak yang berkecamuk dalam diriku ini....aku masih memikirkannya... petunjuk apakah ini...Ya Allah, tolongla hambamu ini....aku keliru...apa yang cuba disampaikan oleh mimpi ini....mainan tidurkah....Malang sungguh hari ni, bas rapid kl 430 rosak betul2 di kaki bukit..berhampiran stadium...menapaklah aku... dahla tak sahur...berbuka juga aku.... sedihnya.....macam mana nak puasa 6 ni sedihnya...

Asyik cari salah isteri...salah suami macamana pula..

Bila aku membaca blog seseorang selebriti tv ni, asyik nak salah isteri je bila nak kahwin lain...kekadang kita sebagai isteri ni langsung tak dihargai... maksud aku... bukanla nak duit berjuta2 macam artis lain...tapi cukupla sekadar menjaga hati, saling hormat menghormati, aman rumah tangga...
Bagi isteri yang sentiasa berusaha menjadi yang terbaik untuk suaminya... bagaimana pula... tentu anda sebagai suami akan berasa sangat terkilan apabila isterinya melakukan sesuatu perkara yang membahayakan dirinya... mendatangkan penyakit..... mesti si suami berasa sedih... yerla kalau boleh kita hidup suami isteri nak hidup bahagia, nak sihat sejahtera..nak melakukan ibadat bersama-sama bila usia menjelang tua... insya-Allah kalau umur panjang.. harap2 suami dan isteri selalula muhasabah diri bagi mencari kekurangan diri dan memperbaikinya..tentu rumah tangga aman bahagia.....
Harap nukilan yang tak seberapa ini dapat menyentuh hati pembaca dan apa lagi.... think of it....
Belajar menerima kekurangan diri pasangan dan kalau boleh kita bersama2 membantu pasangan untuk memperbaiki kelemahan diri mereka....
Terima kasih..

Thursday, October 8, 2009

Menjelang usia ke 3 perkahwinan ....apa yang berubah...saper yang berubah...

Jangan keliru dengan tajuk di atas..aku berubah hati kepada mamat hensem dalam entri sebelum ni... takde mananya... kata mak, kebahagiaan perkahwinan bukan terletak kepada rupa paras sebaliknya sejauh mana penerimaan individu itu terhadap kita.. walau hensem mana pun, tetapi tidak menghormati dan menyayangi keluarga kita buat apa... kahwin bukan sehari duakan.....tidak...maksud aku ..perubahan ke arah kebaikan....aku teringat masa awal2 kahwin dulu... setiap orang mesti ada berselisisih pendapat dengan pasangan masing2.... sama juga macam aku... mungkin kami dari budaya dan lokasi geografi yang berbeza...tentula tak sama..
Masa tu...aku tak paham langsung apa opah cakap... inikan lagi saudara mara ifrad yang mempunyai loghat bahasa bota yang pekat..... aku tak boleh nak bersembang sangat...aku tak paham apa yang dia orang perkatakan... aku bukan berlagak...aku adalah aku.... alangkan bahasa jawa yang dipertuturkan oleh nyai aku pun aku tak paham... bukan aku tak nak belajar ...tapi...sapa yang nak ajar... ayah? ayah aku sibuk ...pegawai bank yang sentiasa balik malam.. hujung minggu.... aku sekolah ayah cuti hari ahad...so bila masanya nak bersembang...nasib baik mak ngah ada... mak ngah cakap bahasa melayu biasa ngan aku....so bagi pasangan yang dari latar belakang berbeza..cubala pahami pasangan anda..jangan paksa mereka untuk mempelajari budaya dan loghat bahasa dalam tempoh yang singkat..bukannya mudah....lepas tu... family suami aku ni sibuk bekerja.. jarang ada masa bersembang..selalu sembang ngan kakak ipar aku..Mula-mula kahwin, aku terkecil hati sangat, setelah ifrad dapat transfer ke Teliti Petaling Jaya, ifrad dapat tawaran keja kerajaan kat Politeknik Ungku Omar...air mata dok berlinang...dalam seawal usia perkahwinan aku ni, tentunya ia adalah dugaan paling berat yang perlu aku tempuh...masa tu... aku asyik marah 2 je... marah kat saper....tentu korang faham..Sabar jela.. dahla tu kekadang aku selalu berselisih pendapat..Kalau pergi pasar, aku pilihla ikan kembung, ikan merah, ikan selar kuning.. udang , sotong...suami aku merungut....mahal... kata dia ...dia makan telur, sardin, ikan keli, ikan bilis....berbezakan sangat berbeza...dan lauk apa yang dia suruh aku masak...masak tempoyak...aku tak pernah makan...kena makan dan belajar masak tau daripada mak mertua.... alhamdulillah,,,sekarang dah ok.... kekadang aku masak jugak time bekalan tempoyak ada... tapi jarang ada....he2
Tapi sekarang dah banyak berubah, yang paling aku seronok, kedua-dua keluarga aku dan ifrad...mula bertoleransi... mak ngan ayah aku suka makan dodol yang mak ayah ifrad buat..dan dia orang pakai baju melayu dan baju kurung yang mak ngah aku jahit...dalam pantang pun, mereka sudi menjenguk aku ngan adam kat johor...mudah-mudahan hubungan ini berkekalan hendaknya... raya lepas..aku belajar buat kuih semperit yang sangat sedap tu daripada kakak ipar aku..manakala kakak ipar aku belajar buat kek coklat yang menjadi kegemaran kawan-kawannya kat ofiss.. aku bersyukur sangat ngan perubahan ke arah positif ni... aku pun mula lembut hati ngan mereka... lebih bertoleransi....aku harap aku lebih matang dalam menempuhi usia perkahwinan aku yang mendatang...Syukur Alhamdulillah......

Wednesday, October 7, 2009

happy sangat masa ni...abg bagi hadiah baju pregnant


semenjak aku mengandung ni... aku selalu merungut...pakai baju kurung tak selesa... takder apa pun yang bleh berada di atas perut aku ...gatalnya tak terkata...tiba2 je abg belikan sepasang baju yang dapat membolehkan aku bergaya... aku suka baju ni...cantik...blehla untuk seorang ibu mengandung okla

Soal jodoh..aku tak taula korang mengalaminya ke atau tidak..ada orang senang ada orang susah...

hai... aku tengah ada mood nak menulis.. macam menulis novell plak.. okla jugak kan create novel pasal diri sendiri macam la dolce amira...tapi aku memang bercita2 tinggi nak menghasilkan novel jugak.. idola aku chef norzailina dan norhayati berahim... antara karya norhayati berahim yang aku minat tentula cinta pertama yang diadaptasikan dalam drama tak tercapai akalmu... mana taknya masa pantang aku dapat follow up citer ni tiap hari... tak pasal2 minat carl lesmana. nama betulnya pun aku tak tau..


Soal jodoh..panjang citernyer... aku teringat jugak dulu2...masa form 5 aku bercinta ngan mamat ijul ni.. anak kawan baik mak aku sendiri merangkap cikgu ngaji akula.. tapi cinta poyo... jumpa sekali sekala.. bersembang dalam phone... beranila nak call panggilan tempatan murah dan tak keluar dalam bil.. he2... aku tau dia suka kat aku sejak darjah 5 lagi.. tapi kita orang tak bercinta gaduh adalah... dia ejek aku keding aku ejekla dia ketot.. kami berkawan baik sampai tingkatan 5.. selalu berutus surat....dia bagi sajak kat aku.. he2 kelakarnya...tukar2 soalan masa spm ngan pmr... manisnya waktu tu... bila dah habis spm aku dok umah... still bersembang dalam phone lagi.. sehingga la aku tukar matrikulasi...kuala pilah... dia belum dapat panggilan UIA lagi..dia marah plak kat aku... yerla result spm belum dapat dah nak sambung matrik... apa cer.. mak aku yang soh p... tapi tuler... masa matrik pun dok gayut tepon lagi... nak jaga hatila katakan..nak dijadikan ceriter.... aku sebilik ngan member baik dia jugak... satu hari... member dia ni nampak aku bersembang ngan razif, fahmi, ngan dan (member kat tepeng) .. dia mengadu kat mamat ijul ni..tak pasal2 mamat ni tak mau kawan ngan aku dah.. marahnya aku... lantaklahh..tak mau kawan sudah... aku tak heran.. saper kata...sedih tau... takder orang nak ambik berat dah...he2 ...aku dapat surat dia minta maaf.. nak kawan ngan aku balik... tapi punyerla ego, aku koyakkan surat dia beserta no tepon dia... sebab masa tu dia dapat tawaran buat akaun kat uia... aku tak tau kenaper...aku bukannya ada member lagi.. solo..tapi masa tu... nak jadikan cerita.. aku mula berjinak2 merpati ngan epon... atau senang citernya suami akula...aku selalu utus surat ngan dia.. macamana aku berkenalan ngan suami aku ni..satu kelas kat taiping pun tau kot... aku dapat tau dari fahmi... suami aku suka kat aku.. lepas habis sekolah... dia tepon aku kat rumah... mana dapat no tepon pun aku tak ingatla...bitara katanya... masa tu dia ada kat utm... lepas spm result dia bagus... dapat tawaran g overseas..tapi tak nak...dia nak berkenalan ngan aku ngan lebih rapat...aku jenis suka berkawan.. tapi yang membuatkan aku tersentak sangat.... masa tu raya haji suami aku ni tak balik bota. bleh aku jemput dia datang rumah..aku tanya mak aku.. bleh datangla..dia datang ngan adib 401.betul2...takperla..mujur mak tolong masakkan maggie goreng yang best kat dia orang kan... dia cakap ngan mak aku..yang dia nak berkawan ngan aku...he22 aku tak paham maksud dia apa.. berkawan ajela..

sampaila tahun pertama aku kat ukm... ada mamat kelantan berkenalan ngan aku... ntah apa dia nak aku tak tau....dia bagi aku banyak hadiah... selalu berjumpa... bagi handset bagai...entah macamana aku bleh sangkut pun aku tak tau... masa dia couple ngan aku tu dia nak sambung belajar kat pakistan nak jadi doktor... jarang jumpa.. sms sje.. kalau jumpa pun time dia balik... dan dating kat klcc.. aku bercinta ngan mamat ni sampai bila ntah ...tiba2 dia mintak putus..dah ada minah lain kot.. aku relaks jer... masa tu aku masih berkawan ngan bberapa lelaki lain ... itu yang tak kisah...termasukla suami aku.

bila sambung master....aku pun berkenalan mamat lain jugak...tapi kengkawan biasa jer... tak lebih dari itu...aku stop kawan ngan husband aku kejap... sebab aku kecik hati ngan dia sebab aku beria pakai baju cecantik ngan make up sekali masa jumpa dia,dia langsung tak ajak makan, tengok wayang lagila. he22 sangatla tak matangkan.. habis master dok rumah... itupun sempat berkenalan ngan beberapa lelaki, azahari, aziehan ngan nasrihat... senang citer aku dapat keja kat jabatan agama johor sebagai pegawai teknologi makanan dulu encik nasrihat yang kenenkan... bebanyak time kasih... dia menyatakan hasrat nak meminang aku.. tapi ayah aku tak berkenan.. sebab apa pun aku tak tau... lepas tu,, aku tak pasti ngan aziehan ni,,ayah berjanji apa ngan dia dan mak ayah dia,, sebab lepas aku kahwin ngan my hubby hubungan kedua2 keluarga terputus sama sekali.. dan bermasam muka... aku mana tau dia suka kat aku...usik2 macam tu ajer....takder tanya no tepon pun... segan je...kalau korang nak tengok rupa dia ada dalam gambar nii ....dia yang pakai baju hijau..duduk tengah2.. handsome sangat macam tak padan ngan aku...apa pun..dia dah nak kahwin disember ni.... semoga berbahagia hingga ke akhir hayat..


Soal jodoh,, aku berkenan kat aziehan,, dia belajar kat utm engineer elektrik..hensem macam cina tapi aku selalu solat istikharah nampak suami aku jugak....diala jodoh aku kan...he2...taste aku ni tinggi sangat kan... tapi syukur aku dikurniakan seorang suami yang memang baik... bertanggungjawab dan memahami... Alhamdulillah...

Tuesday, October 6, 2009

seitan?? apa tu sebutnya macam ni "saythan" alahai macam syaitan je


Berita baik...


bagi penggemar daging, tetapi anda mempunyai masalah kolesterol tinggi dalam badan atau anda obes... jangan risau.. anda mungkin bleh mencuba seitan..seitan ni adalah bebola gluten yang telah digunakan sebagai pengganti daging sejak beribu tahun yang lalu di negara seperti China, Jepun,Korea, Rusia dan Timur Tengah.. .Seitan popular di sana sebab mempunyai persamaan rupa dan tekstur macam daging... Dengan kandungan lemak dan karbohidrat yang rendah seitan merupakan sumber protein yan tinggi.so lepas ni, sekiranya ada resepi membuat seitan jangan pula terkejut dan keliru

alahai adam...


sejak kebelakangan ni aku layan drama asyik guna nama adam je... aku pun tersengih sorang2 bila depa dok panggil adam dalam citer sumpah bunian... nama ni aku yang pilih.. tak budget pun dapat anak lelaki.. ada orang tu siap jalankan kaedah macam yang diwar-warkan dalam pa & ma.. aku tak sempat nak praktikla...so lepas ni ingat nak stop dulula...he2.. citer pasal adam.. masa melahirkan dia mudah..alhamdulillah.. aku dok amal doa shifa' masa time sakit tu dengan doa maryam masa nak melahirkan... surah an -nahl..


masa aku pregnant lapan bulan tu, mak ngan ayah dok sekali since aku asyik sedih teringatkan anakkan.. masa tu, aku asyik ingat pasal mati je.. mimpi mati.. macam2.. aku terbayangkan macamana la saat melahirkan tu...aku tak dapat nak praktik apa dalam buku tula... bukan senang...


bila dah nak sampai tarikh due date, 11 april aku still tak sakit lagi... so we decide untuk melahirkan d pontian.. on d way back tak rasa sakit jugak.. aku sempat lagi dok tepuk2 excited masa malam tu tengok af.. takder rasa sakit pun.. tiba2 pukul 11 aku rasa nak buang air..ke toilet ada darah kuar.. alamak cuaknyer nak bagi tau mak.. tak mau dok hospital lama2.. so aku decide untuk tdo kumpul tenaga ... pukul 2 aku terjaga tak bleh tdo...sakit sungguh ... macam nak buang air besar sakitnyer. masa tu sepuluh minit sekali sakitnya datang... sabar lagi.. dok layan doa syifa. pukul 4 sakitnya seminit sekali.. aku dak cuak dah. nak bagi tau abg ker.. tension tengok abg tdo nyenyak ajer... apa bleh buat sakit yang dicari2.... pukul 5 sakitnya sesaat datang lagi sesaat datang lagi... apa lagi.. kejut makla cakap dah sakit sangat dah..


Pukul 5 masa orang tengah tahrim, aku berangkatla... sampai hospital aku ditanya misi siapa nama.. yang herannya aku tak bleh ingat saper nama aku kan... aku sakit sangat ni.... misi suruh masuk nak tengok berapa cm dah terbukak.. sekali dia cek dah sepuluh cm la... apa lagi pergi labour room ... masa tu pukul 5.48pg. misi ada gunting skit bawah aku ni... then aku teran sampai kuar... aku jerit kuat,,,aaaaaaaaaaaaaaaarrrrrrrrrggggggggggghhhhhhhhhhhhh....................barula adam dapat lahir ke dunia... terharu sangat.... bila dah kuar tu lega sangat.. mana taknya umpama tak berak 9 bulan.. he2.. ringan la skit perut aku...then masa tengah jahit kat bawah tu, borak2 ngan misi.. dia kata beranakla lagi tahun depan. dia tak kesah sebab aku bersalin senang.. ikut instructions lahirla adam..itula kisah ibu melahirkan anak....

Rindunya aku pada ika tak terkata lagi



Baru masuk dua hari ika balik kampung jumpa tok, tp aku dah rindu semacam ajer ni.. tak terkata dah.. baik aku tatap wajah dia dalam gambar ni puas2.. dia dah besar dah...setelah aku ngan hubby decide to give her enfagrow disebabkan dia tak mau cakap...skarang ni, baru aku tahu nak jadi ibu ni kena banyak sabar. tambah2 bila dia tanya aku banyak kali benda yang sama ni. macam ni.. ni burung apa bu, burung murai, ni burung apa ni burung murai.. ni burung apa ni burung murai... sekali jawab ni burung apa ni, burung ayah... he2 aku ngan hubby tergelak sesamer... ajar anak yang bukan2... sebab dah give up nak jawab.....itulah bagi anak 3kali DHA sebab guna enfagrow...bagus gak ek.

hye everyone.. last week start make my own blog.. but still not satisfied with my own work....i create a new blog...actually i don't know what happened to my previous blog..i can't open it... ha222 (buta it)...luckily i am in a good mood today and i had much time to create another new blog...maybe i can improve it slowly...In a blink of my eye,i 've been married to these guys nearly for 3 years..but we're still living apart since my hubby still don't have chances to transfer from Politeknik Ungku Omar...Since that, being an independent wife and mom is quite tough, tiring, exhausting... and make me look older ha22 no timela to take care of my own face... asyik basuh berak anak je..but for me, it teach me to be strong and believe to our own fate... Hopefully i can stand for another semester for my husband to transfer