Tuesday, October 27, 2009

Hidup ni tidak selalunya mudah.... kalau kita di atas, ingat-ingatlah di bawah..

Sudah lama tidak menghantar entry... sibuk dengan tugas seharian...
Aku ada terbaca blog orang, dan dia hantar entry yang menarik minatku... barangkali elok kalau aku dapat muzakarah diriku pada pagi ini.
Healthy attitude...
1. Learn to face realities
Perkara yang amat susah untuk dipraktikkan... Tetapi berdasarkan pengalaman aku yang setahun jagung ni.. insya-Allah kita boleh belajar mempelajarinya perlahan-lahan. Mesti korang tergelak baca entri ni.. Dulu, masa mula-mula aku dapat tahu aku mengandung, aku bukannya excited..aku takut... aku tak biasa ngan keadaan tu..aku takut perubahan yang berlaku pada bentuk badanku..bayangkan nak jalan ngan perut memboyot..aduhh... Dan masa kandungan menghampiri 7 bulan, aku selalu menangis...aku selalu bermimpi aku meninggal dunia semasa melahirkan anak.. aku mimpi aku tak mampu nak teran sampai anak lemas.. aku selalu minta maaf pada mak ayah dan suami aku... sudahnya dia orang cakap aku buang tebiat..tapi realitinya memang seram sekali bila dah sampai saat nak melahirkan. bayangkan pula selepas melahirkan dan pantang aku kena jaga anak sorang2....bila anakku menangis tidak berhenti dari maghrib ke subuh pagi esoknya... aku pergi hospital malam2.. sudahnya anak aku dimasukkan wad disebabkan ulser mulut...rupanya..doktor diagnos anak aku menghidapi meningitis.waktu tu, air mata aku sentiasa mengalir di pipiku...memikirkan nasib anakku.. sampai orang sebelah katil, depan katil, datang kepadaku dan bertanya...kenapa kak...
Itulah, pengalaman hidup yang orang kata kita tak dapat beli di mana2....aku redha dengan takdirku yang membesarkan anak di KL sorang2..aku perlu berhadapan dengan realiti, perlu tabah supaya aku dapat menjadi tempat berlindung untuk anak2ku..
2. Learn to make decisions.
Aku masih lagi tidak dapat belajar membuat keputusan dalam hidupku.. kerapkali keputusan yang diambil olehku dipertikaikan oleh ibuku..contohnya ketika aku ambil keputusan untuk mengambil jurusan perguruan untuk ijazah pertamaku..aku ambil keputusan ni sebab aku ingin selalu berada di samping ibuku... lagipun betapa mulianya menjadi seorang guru.aku keliru dan terkilan tidak dapat mencapai cita-citaku.
Kedua, ketika aku ingin meletakkan jawatan sebagai pegawai teknologi makanan, aku masih teragak2, boleh ke aku menyambung pelajaran di luar negara seorang diri.. aku ingin selalu dekat dengan keluargaku..Tetapi masa tu, my hubby melamarku dan aku decide untuk menerima jawatanku sekarang untuk berada dekat ngan my hubby... masa tu abg bekerja di tronoh dan aku bekerja di jb..so aku sacrifice untuk menerima lamarannya dan duduk di KL sorang2.. hakikatnya aku memang tak mempunyai minat bekerja sebagai pendidik di universiti tempatan..aku penat belajar..aku dah penat sangat........tolong..........
3. Develop self discipline..
Perkara yang masih tidak mampu dicapai dalam azamku setiap tahun... selalu bertangguh... tidak ada target...teruk sangat....itu yang aku kesalkan..aku masih tidak pandai membahagikan masa antara kerjaya dan tanggungjawabku sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak..
4. Be interested in other people.
Dah kera sumbang nak buat macamana.Tetapi kekadang aku ada effort juga... contohnya kalau ada musim buah-buahan di kampungku, aku selalu memberi buah-buahan kepada jiran-jiranku..tetapi mereka yang sombong....atau aku yang sombong ...entahla..aku ada alasan tersendiri sebab aku selalu menyendiri di rumah...aku tak mau mengumpat ma.....
5. Avoid hurry and worry
Aku selalu menangguh . so bila time urgent... aku selalu kesuntukan masa untuk menyelesaikan tugasan..aku pernah cuba untuk menyelesaikan tugasan ku secepat mungkin, sudahnya aku perlu edit kembali tugasan itu.Worry..tak boleh nak lari...aku selalu berfikiran negatif mengenai masa hadapanku...mengenai nasibku...that's why pencapaian setiap tahun jarang meningkat..mungkin sebab aku tak minat dengan kerjayaku ini.aku suka kerja pejabat.... nak jadi kerani boleh tak?
6. Work, rest and play in proper balance.
Aku cuba dan cuba... bila time keja aku keja... bila time rehat aku memang rehat.. masa tidurku semakin bertambah...bila dah peluk teddy bear aku yang sorang ni.... (my 6 month's son) memang lenala tidur aku..play??? masa bila??aku jarang main ...he2...(maksud aku, main badminton ke berjogging ke)
7. Accept disappointment
Selalu aku menerimanya.. terutamanya bla suami ku membuat keputusan meninggalkan aku untuk bekerja di PUO Ipoh...aku tidak ada pilihan lain... aku perlu berani berhadapan dengan kenyataan.. biar aku menangis air mata darah sekalipun, aku tak mampu mengubah keputusan suamiku..
8. Develop a sense of humour.
Kekadang aku cuba untuk menggembirakan kedua-dua orang anak aku... tapi bila balik kerja, aku pnat sambil dok pk pasal masa depan...tak dapat nak buat anak aku tergelak bersama-sama denganku.Aku jarang wujudkan masa berinteraksi dengan anakku... Except hujung minggu..itupun kalau good moodla..
Kesimpulannya, hidup yang aku lalui selama ni, penuh dengan liku-liku serta onak duri, aku perlu tabah menghadapinya seorang diri.. takda sapa yang boleh manjakan aku lagi sebagaimana mak ayah aku manjakan aku dulu...aku terlalui merindui saat2 bersama-sama ayah dan ibuku... aku takut untuk menghadapi realiti yang aku ini telah menjadi seorang ibu yang menjadi tempat berlindung kepada anak2 ku.... Ya Allah , tabahkan la aku....aku selalu mengadu pada Yang Esa untuk mententramkan hati dan perasaanku yang berkecamuk ni.... Sesungguhnya aku sudah tidak sanggup menghadapi dugaan ini seorang diri lagi...Kau permudahkanla jalan hidupku.......Amin Ya Rabbal Alamin...

No comments:

Post a Comment