Tuesday, December 29, 2009

Tahun Baru, Dunia Baru, Tempat Kerja Baru, Environment Baru

Bila menyentuh soal kehidupan, banyak benda yang kamu inginkan dalam kehidupan...

Bagi aku, satu sahaja yang aku inginkan kebahagiaan dan ketenangan.
Demi mencapai matlamatku, aku terpaksa korbankan cita-citaku.. Aku inginkan kehidupan yang lebih tenang dan tidak terburu-buru mengejar masa. Tidak perlu menhadap kesesakan jalan raya. Kemewahan harta benda dan hiburan semata-mata. Setelah berbincang dengan keluargaku, aku mengambil keputusan untuk menerima cabaran untuk memulakan kerjaya baru di tempat baru.. Alhamdulillah, di saat -saat kesempitan hidup ini masih lagi punya jalan penyelesaian buatku. masih ada lagi pintu rezeki yang masih terbuka buatku. Apa yang penting buat masa ini, hanyalah melupakan kisah silamku.. memulakan hidup baru dengan azam baru.. di tempat baru... Aku redha dan pasrah dengan takdirmu Ya Allah..

Tuesday, December 22, 2009

Personal entry of mine

Mengenai keputusan yang akan aku ambil..
aku berhajat untukquit ngan kerja lama ni.. tapi sanggupkah aku...mengenai mengapa usah ditanya..
Sebagai seorang ibu yang membesarkan anakkecil, banyak cabarannya.. terlalu banyak..
mana nak kejarkan kerja dan juga urusan rumah tangga... sangat-sangat mencabar bukan
itulah jawapannya.. Kerjaya aku memerlukan masa yang lama dan fokus.. kenapa aku tak bleh buat. orang lain bleh buat.. aku pun tak tahu

Monday, December 21, 2009

Apa yang menyebabkan hati kita mati?

  1. Kamu mengetahui hak Allah tetapi kamu tidak melaksanakannya.
  2. Kamu baca Al-Quran tetapi kamu tidak mengamalkan isinya.
  3. Kamu cinta Rasullullah s.a.w. tetapi tidak mengamalkan sunnahnya
  4. Kamu takut mati tetapi kamu tidak bersiap-siap menuju ke alam kubur.
  5. Allah mengatakan syaitan adalah musuh kamu tetapi kamu masih lagi berbuat maksiat dengan pujukan syaitan
  6. Kamu takut api neraka tapi kamu masih campakkan diri kamu ke dalamnya
  7. Kamu kata kamu suka syurga tetapi kamu tidak berusaha untuk masuk ke dalamnya
  8. Kamu bangkit daripada tidor, lalu kamu sembunyikan aib-aib kamu sedang aib orang lain kamu bentangkan di hadapan kamu..

Renung-renungkanla...

Tuesday, December 15, 2009

Apa ertinya cinta?

Tajuk yang agak pelik bin ajaib... mencintai atau dicintai adalah sangat subjektif..orang yang kita cintai tidak semestinya mencintai kita.atau orang yang mencintai kita tidak semestinya dicintai kita..
Pening2..
Jangan keliru...Aku melalui pengalaman yang sangat unik hujung minggu lepas..setelah 2 tahun tidak berjumpa, orang yang aku suka tengok masa anak dara dulu, kini berada di depan mata bersama isteri yang dicintainya...aku sentiasa redha dengan takdirku bertemu suamiku yang sangat menyayangiku sepenuh hati..aku pun menyintainya sepenuh hati dan kami bahagia. kalau dulu aku tengok "pemuda" tu, hati aku berdebar-debar. tapi sekarang tidak... mungkin sebab aku dah berjumpa cinta sejati aku...dan aku ada rossa and ifrad junior, mereka nila yang menjadi pengerat atau penguat kasih sayang antara aku dan dia.. walau datang godaan macam mana handsome sekalipun, kita akan sentiasa menyayangi dan menyintai pasangan yang telah ditakdirkan untuk kita...Allah lebih mengetahui yang mana terbaik untuk hambanya... kita harus menerima pasangan kita seadanya...

Kesimpulannya macam cerita the little nyonya tula...kita tak akan dapat kahwin ngan pemuda impian kita...he2....

Monday, December 14, 2009

Saat yang paling sukar dalam hidup

Saat yang paling sukar dalam hidup aku, bila perlu membuat keputusan dalam hidup aku..
Sambungan minggu lepas, aku dapat pekerjaan dalam interview tu... aku dapat kerja di Ipoh sebagai nutritionist di BP Lab..Alhamdulillah.... impian aku untuk bersama keluargaku tercapai..
Aku paling takut membuat keputusan...takut sangat bila ia melibatkan masa depan aku...
Aku tak mampu nak sambung PhD.. Aku tak mampu... aku tak boleh proceed keja ngan ukm.. aku ada problem tersendiri.. aku tak suka environment di situ..sebab most of the lecturer high expectation..dan aku tak suka environment itu..aku rasa diri aku kecil sangat.. yang membuatkan aku kecil hati sangat, memandangkan aku bekas student di situ, aku diperlekehkan selalu.. aku benci itu sumer... bila ko tutor kau dianggap kuli batak dan boleh dibuli senang2. habis laptop ko...dikerjakan oleh student... apa yang aku nak dalam hidup aku.. Hanya satu agar dapat tenang bersama keluargaku di samping dapat bekerja tanpa memikirkan yang kamu perlu sambung belajar. itu sahaja yang aku nak dalam hidup aku... aku tak bersedia untuk sambung belajar di luar negara.. terlalu jauh buatku... adakah ibu bapaku faham tentang keadaanku ini. aku perlu membuat keputusan untuk keluargaku sendiri... tolongla mana yang terbaik buatku... Aku perlu kekuatan suami aku dalam membuat keputusan...aku takut Ya Allah.. aku takut sangat....
Aku perlu lari dari igauan ibuku... lari
lari jauh2
Aku perlu buat apa yang aku suka
Aku perlu buat apa yang aku minat
Aku perlu buat apa yang aku nak...
Aku takut
Aku takut
Aku takut
Aku takut membuat keputusan
Bantu aku

.

Tuesday, December 8, 2009

apa perasaan selepas interview..

selepas 3 tahun tak pergi interview, aku mencuba nasib..ini disebabkan aku sudah tidak tahan hidup berjauhan ngan suami.. aku cuak

soalan biasa..tell me about yourself
why u interested to join .......
why we should hire u
tell me your strength and weaknesses
what u imagine about this job

macamana nak buat dorayaki yang sedap macam beli ni

aku cuba buat dorayaki macam dalam internet... tapi rasanya tak sama
.. macam banyak telur je...ada sesapa nak bagi resepi baru

Thursday, December 3, 2009

Akhir tahun...yang sangat tak best

Tahun lepas, akhir tahun sangat best..sebab masa tu aku pregnant...tentunya suami aku lebih appreciate aku...tahun ni takkan nak mengandung jugak.....walaupun nurse kat hospital tu kata mengandunglah lagi...tahun depan kita jumpa... kalau dah tua tak larat nak teran... he2...aku tersengih aja... nak kata merancang...tak jugak...aku tak suka guna kondom tak selesa....tapi aku jarang .......paham2 jela.. anak kedua aku ni sangat memerlukan perhatian ibunya... asyik demam aja... aku risau...tersangat risau... bawak pergi pakar...dia kata selagi hantar nurseri selagi tu masalah ni takkan selesai (reinfection again and again)...alahai si handsome ibu ni... handsome je tak cukup..kena kuat macam ur sis...bunyinya macam menuntut aku jadi surirumah dan ibu yang produktif... aku takder masalah asal si kecik aku sihat dan handsome.......nasib baik anak ibu ikut muka ibu... (kalau suami aku baca matilahhh......) aku sudah boring ngan bandar baru bangi ni.....aku nak pindah....tolongla tapi ke mana.. duduk jb ajerla dekat ngan mak ayah..(gara-gara hasad dengki ngan suamiaku yang tinggalkan aku sorang2 di kajang)cita-cita aku nak duduk rumah dan masak, dan jaga anak dan tengok tv.........macam best aja bunyinya.......perlukah aku??