Tuesday, December 29, 2009

Tahun Baru, Dunia Baru, Tempat Kerja Baru, Environment Baru

Bila menyentuh soal kehidupan, banyak benda yang kamu inginkan dalam kehidupan...

Bagi aku, satu sahaja yang aku inginkan kebahagiaan dan ketenangan.
Demi mencapai matlamatku, aku terpaksa korbankan cita-citaku.. Aku inginkan kehidupan yang lebih tenang dan tidak terburu-buru mengejar masa. Tidak perlu menhadap kesesakan jalan raya. Kemewahan harta benda dan hiburan semata-mata. Setelah berbincang dengan keluargaku, aku mengambil keputusan untuk menerima cabaran untuk memulakan kerjaya baru di tempat baru.. Alhamdulillah, di saat -saat kesempitan hidup ini masih lagi punya jalan penyelesaian buatku. masih ada lagi pintu rezeki yang masih terbuka buatku. Apa yang penting buat masa ini, hanyalah melupakan kisah silamku.. memulakan hidup baru dengan azam baru.. di tempat baru... Aku redha dan pasrah dengan takdirmu Ya Allah..

No comments:

Post a Comment