Wednesday, October 28, 2009

Sebelum dan selepas

Aku selalu terfikir...

Antara aku, kakak ipar aku, suamiku, adik ipar aku serta bakal adik ipar aku..

Sebelum kahwin, adik ipar aku sanggup lebih mementingkan kekasihnya berbanding aku.. Masa tu aku pregnant dan membawa 220 kertas soalan beserta jawapan... aku minta tolong adikku ambil aku dari dewan peperiksaan .. dan dia hanya datang 3 jam kemudian....aku mengamuk dan tak balik rumah sampai malam hari..Dan pernah satu ketika aku keguguran dan buat D& C bersendirian...

Manakala kakak ipar aku pula memberi arahan kepada adiknya iaitu suamiku supaya bekerja di IPOH meninggalkan aku terkontang-kanting seorang diri.. Dia patuh dan mengikut arahan kakaknya..

Kesimpulannya sekarang, sebelum kahwin anda akan menjadi keutamaan suami anda tapi selepas kahwin jangan harap lebih2... Mana letaknya tanggungjawab suami sebenarnya..aku pun musykil... so jangan la harap nak manja lebih ngan suami...

Tuesday, October 27, 2009

Aku bosan ngan rumah aku...





























Tolong encik rizalman...tolong en. eric...saya dah bosanla ngan susun atur rumah saya ni...dahla kena budget.... tak bleh beli sofa idaman ku lorenzo yang berharga 5k....bleh tak kesian kan saya bagi free the whole set of living room...i teringin sangatla.....nak dapat FREE
Tapi aku dah hantar banyak kali dalam peraduan eric..asyik tak dapat....mana taknya rumah sewa...aiii cek kak...saya ni tak tau lagi kat mana nak settle down.... macamana nak beli rumah... lagi satu...apasal rumah regenye mahal bebeno...manala mampu... lain kali PM tolongla ...kalau nak saya undi, buatla budget yang mesra rakyat sikit.... bantula orang macam kami ni... nak beli rumah ...nak beli rumah... tak mau dok apartment..macamana nak sidai comforter, cadar, baju yang banyak....lagi satu, kalau anak demand nak mandi kolam... manala plak aku nak parking kolam untuk anak aku...he2.. bagi canla kami dok rumah teres ... rumah setingkat pun jadilah .... mana suami saya mampu..... saya dok ipohla, tanjun malim la .... pontian lagi bestkan...rumah punya price masih affordable lagila...
Kesimpulannya, perbanyakkanla rumah yang bleh dibeli oleh medium class.. tak mau apartment...teres setingkat pun jadilahh.......TOLONG.......................nak juga masuk DEKO..DEKO...DEKO....DEKO...gilas punya cantik bila rizalman ubah suai rumah...memang taste tinggi...tak sedar diri...ukur baju di badan sendirilah

Masalahku yang fobia memandu

Argghhh....

Masalah yang paling utama dalam hidupku sekarang...

Aku tidak yakin ketika memandu.....
Aku gabra ketika memandu...

So....langkah terbaik...
Cool ketika memandu..
Jangan cuak lebih sangat...
Dalam masa yang sama, kena sangat alert ngan situasi di sekeliling anda..
Pantas bertindak dan mengambil keputusan.
Pastikan anda mengambil keputusan yang bijak..ye kawan-kawan....

Ya Allah...permudahkanla urusanku di dunia ini.......

Tips for better Life


1. Take a 10-30 minutes walk every day. And while you walk, smile.
2. Sit in silence for at least 10 minutes each day.
3. Sleep for max 7 hours.
4. Live with the 3 E's -- Energy, Enthusiasm, and Empathy.
5. Play more games.
6. Read more books than you did in 2007.
7. Make time to remember God. This will provide daily fuel for our busy lives.
8. Spend time with people over the age of 70 & under the age of 6.
9. Dream more while you are awake.
10. Eat more foods that grow on trees and plants and eat less food that is manufactured in plants.
11. Drink plenty of water.
12. Try to make at least three people smile each day.
13. Don't waste your precious energy on gossip.
14. Forget issues of the past. Don't remind your partner with his/her mistakes of the past. That will ruin your present happiness.
15. Don't have negative thoughts or things you cannot control. Instead invest your energy in the positive present moment..
16. Realize that life is a school and you are here to learn. Problems are simply part of the curriculum that appear and fade away like algebra class but the lessons you learn will last a lifetime.
17. Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a beggar.
18.. Smile and laugh more.
19. Life is too short to waste time hating anyone. Don't hate others.
20. Don't take yourself so seriously. No one else does.
21. You don't have to win every argument. Agree to disagree.
22.. Make peace with your past so it won't spoil the present.
23. Don't compare your life to others'. You have no idea what their journey is all about.. Don't compare your partner with others.
24. No one is in charge of your happiness except you.
25. Forgive everyone for everything.
26. What other people think of you is none of your business.
27. Allah SWT (GOD) ! heals everything.
28. However good or bad a situation is, it will change.
29. Your job won't take care of you when you are sick. Your friends will.Stay in touch.
30. Get rid of anything that isn't useful, beautiful or joyful.
31. Envy is a waste of time. You already have all you need.
32. The best is yet to come.
33. No matter how you feel, get up, dress up and show up.
34. Do the right thing!
35. Call your family often.
36. Your inner most is always happy. So be happy.
37. Each day give something good to others.
38. Don't over do. Keep your limits.
39. When you awake alive in the morning, thank Allah SWT (GOD) for it.
40. Please forward this to everyone you care about.

Ujian apakah ini....

Aku rasa teruja sangat pagi ni.. ketika aku tinggalkan sorang2 dalam keadaanku meniarap... tiba2 je dia duduk ngan sendirinya...anak aku dah duduk dan menjulur...skarang dia dah practise untuk merangkak... tapi kata kak za mungkin adam tak merangkak..dia dah langkah satu step merangkak sebelum duduk...Go! Adam ..Go! sorry ibu balik lambat sayang petang ni.... ibu banyak keja... mmmmpppppphhh....................
Aku selalu sakit kepala dan selsema sekarang ni... Aku pergi ke Pusat Rawatan Islam Azzahrah..Doktor suruh aku scan kepala dan bahagian rongga sinusku.... Menakutkan sangat... maybe aku migraine..tapi sakitnya menyucuk2 sekali...tak tertahan rasanya.... aku buat appointment di Pakar ENT di Hospital Serdang. takutnya dengar...bagaimana kalau aku memang ada tumor ...anak2ku....sapa nak jaga....Ya Allah bantulah hamba mu ini...Tak tertahan lagi nak menempuh ujian -ujian mu..

Hidup ni tidak selalunya mudah.... kalau kita di atas, ingat-ingatlah di bawah..

Sudah lama tidak menghantar entry... sibuk dengan tugas seharian...
Aku ada terbaca blog orang, dan dia hantar entry yang menarik minatku... barangkali elok kalau aku dapat muzakarah diriku pada pagi ini.
Healthy attitude...
1. Learn to face realities
Perkara yang amat susah untuk dipraktikkan... Tetapi berdasarkan pengalaman aku yang setahun jagung ni.. insya-Allah kita boleh belajar mempelajarinya perlahan-lahan. Mesti korang tergelak baca entri ni.. Dulu, masa mula-mula aku dapat tahu aku mengandung, aku bukannya excited..aku takut... aku tak biasa ngan keadaan tu..aku takut perubahan yang berlaku pada bentuk badanku..bayangkan nak jalan ngan perut memboyot..aduhh... Dan masa kandungan menghampiri 7 bulan, aku selalu menangis...aku selalu bermimpi aku meninggal dunia semasa melahirkan anak.. aku mimpi aku tak mampu nak teran sampai anak lemas.. aku selalu minta maaf pada mak ayah dan suami aku... sudahnya dia orang cakap aku buang tebiat..tapi realitinya memang seram sekali bila dah sampai saat nak melahirkan. bayangkan pula selepas melahirkan dan pantang aku kena jaga anak sorang2....bila anakku menangis tidak berhenti dari maghrib ke subuh pagi esoknya... aku pergi hospital malam2.. sudahnya anak aku dimasukkan wad disebabkan ulser mulut...rupanya..doktor diagnos anak aku menghidapi meningitis.waktu tu, air mata aku sentiasa mengalir di pipiku...memikirkan nasib anakku.. sampai orang sebelah katil, depan katil, datang kepadaku dan bertanya...kenapa kak...
Itulah, pengalaman hidup yang orang kata kita tak dapat beli di mana2....aku redha dengan takdirku yang membesarkan anak di KL sorang2..aku perlu berhadapan dengan realiti, perlu tabah supaya aku dapat menjadi tempat berlindung untuk anak2ku..
2. Learn to make decisions.
Aku masih lagi tidak dapat belajar membuat keputusan dalam hidupku.. kerapkali keputusan yang diambil olehku dipertikaikan oleh ibuku..contohnya ketika aku ambil keputusan untuk mengambil jurusan perguruan untuk ijazah pertamaku..aku ambil keputusan ni sebab aku ingin selalu berada di samping ibuku... lagipun betapa mulianya menjadi seorang guru.aku keliru dan terkilan tidak dapat mencapai cita-citaku.
Kedua, ketika aku ingin meletakkan jawatan sebagai pegawai teknologi makanan, aku masih teragak2, boleh ke aku menyambung pelajaran di luar negara seorang diri.. aku ingin selalu dekat dengan keluargaku..Tetapi masa tu, my hubby melamarku dan aku decide untuk menerima jawatanku sekarang untuk berada dekat ngan my hubby... masa tu abg bekerja di tronoh dan aku bekerja di jb..so aku sacrifice untuk menerima lamarannya dan duduk di KL sorang2.. hakikatnya aku memang tak mempunyai minat bekerja sebagai pendidik di universiti tempatan..aku penat belajar..aku dah penat sangat........tolong..........
3. Develop self discipline..
Perkara yang masih tidak mampu dicapai dalam azamku setiap tahun... selalu bertangguh... tidak ada target...teruk sangat....itu yang aku kesalkan..aku masih tidak pandai membahagikan masa antara kerjaya dan tanggungjawabku sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak..
4. Be interested in other people.
Dah kera sumbang nak buat macamana.Tetapi kekadang aku ada effort juga... contohnya kalau ada musim buah-buahan di kampungku, aku selalu memberi buah-buahan kepada jiran-jiranku..tetapi mereka yang sombong....atau aku yang sombong ...entahla..aku ada alasan tersendiri sebab aku selalu menyendiri di rumah...aku tak mau mengumpat ma.....
5. Avoid hurry and worry
Aku selalu menangguh . so bila time urgent... aku selalu kesuntukan masa untuk menyelesaikan tugasan..aku pernah cuba untuk menyelesaikan tugasan ku secepat mungkin, sudahnya aku perlu edit kembali tugasan itu.Worry..tak boleh nak lari...aku selalu berfikiran negatif mengenai masa hadapanku...mengenai nasibku...that's why pencapaian setiap tahun jarang meningkat..mungkin sebab aku tak minat dengan kerjayaku ini.aku suka kerja pejabat.... nak jadi kerani boleh tak?
6. Work, rest and play in proper balance.
Aku cuba dan cuba... bila time keja aku keja... bila time rehat aku memang rehat.. masa tidurku semakin bertambah...bila dah peluk teddy bear aku yang sorang ni.... (my 6 month's son) memang lenala tidur aku..play??? masa bila??aku jarang main ...he2...(maksud aku, main badminton ke berjogging ke)
7. Accept disappointment
Selalu aku menerimanya.. terutamanya bla suami ku membuat keputusan meninggalkan aku untuk bekerja di PUO Ipoh...aku tidak ada pilihan lain... aku perlu berani berhadapan dengan kenyataan.. biar aku menangis air mata darah sekalipun, aku tak mampu mengubah keputusan suamiku..
8. Develop a sense of humour.
Kekadang aku cuba untuk menggembirakan kedua-dua orang anak aku... tapi bila balik kerja, aku pnat sambil dok pk pasal masa depan...tak dapat nak buat anak aku tergelak bersama-sama denganku.Aku jarang wujudkan masa berinteraksi dengan anakku... Except hujung minggu..itupun kalau good moodla..
Kesimpulannya, hidup yang aku lalui selama ni, penuh dengan liku-liku serta onak duri, aku perlu tabah menghadapinya seorang diri.. takda sapa yang boleh manjakan aku lagi sebagaimana mak ayah aku manjakan aku dulu...aku terlalui merindui saat2 bersama-sama ayah dan ibuku... aku takut untuk menghadapi realiti yang aku ini telah menjadi seorang ibu yang menjadi tempat berlindung kepada anak2 ku.... Ya Allah , tabahkan la aku....aku selalu mengadu pada Yang Esa untuk mententramkan hati dan perasaanku yang berkecamuk ni.... Sesungguhnya aku sudah tidak sanggup menghadapi dugaan ini seorang diri lagi...Kau permudahkanla jalan hidupku.......Amin Ya Rabbal Alamin...

Tuesday, October 13, 2009

Apa nak masak hujung minggu ni?

Nasi hujan panas, ayam masak merah serta acar mentah, dalca sayur..ok ke tak